Thursday, September 19, 2013

Cara mengetahui jika ade PELARIS ke tidak di sesebuah kedai itu...

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
sumber: billyinfo.blogspot.com

Dari Phone Number leh tau umur kite...

Sesape yg pandai matematikkkk...bole explain ni takkk???

Dari no. Hp, kita dapat tahu umur kita.. Percaya tak??? 
(1) Lihat angka terakhir no hp anda... (2) Darab 2 
(3) Ditambah 5
(4) Darab 50
(5) Ditambahkan 1763
(6) Ditolak tahun kelahiran anda. Sekarang anda mendapatkan 3 angka. Angka pertama adalah angka terakhir no Hp anda...Angka kedua dan ketiga adalah umur anda..Cuba dan buktikan sendiri yaa...Selamat mencuba.. Saya dah cuba..Inilah ilmu matematik, ilmu dari Allah S.W.T......
# try it.... ok #

KORANG BUAT NI JADI KE TAK EH??

Thursday, May 30, 2013

INFO KESIHATAN



ANGINA
 
Angina merupakan jenis kesakitan pada dada yang disebabkan oleh pengaliran darah melalui saluran darah (coronal vessel) pada otot jantung (myocardium) yang tidak cukup.

Merupakan simptom yang selalu terjadi dalam penyakit arteri koronari dan dalam beberapa kes serangan jantung. Ia merupakan sakit dada yang terjadi apabila otot jantung tidak mendapat darah yang mencukupi (sama seperti ketidakcukupan oksigen) yang diperlukan untuk bekerja (ischemia)

Angina selalunya dikaitkan sebagai
 stable (predictable) atau unstable (less predictable) dan tanda kepada keadaan yang lebih serius.
Angina sendiri bukanlah suatu penyakit. Banyak bukti yang menunjukkan, keadaan angina kurang dari 48 jam sebelum berlakunya serangan jantung mungkin melindungi, kemungkinan dari keadaan jantung untuk melawan kerosakan yang terjadi dari serangan.
Pesakit sering menyatakan bahawa angina sebagai 'sakit' tetapi yang nyata ia dirasakan amat berlainan bagi oang yang berbeza. Jika anda menghidapi angina, rasa sakit anda mungkin dirasakan seperti yang terdapat dalam penerangan berikutnya atau kombinasi beberapa perkara di bawah
  • Lemah -lemah, rasa sakit yang tidak selesa di tengah-tengah dada yang merebak ke bahu kiri atau tangan.
  • Sakit lemah-lemah, terhimpit dan mencucuk-cucuk, terutama sakit pada tangan kiri.
  • Kesakitan dirasai kerana ketidakcernaan.
  • Rasa berat, kesenakan, kekenyangan, bahang, sesak dalam dada, kerongkong atau bahagian atas abdomen.
  • Terlalu penat, keletihan atau terasa hendak jatuh.
  • Bernafas dengan pantas.
  • Berfirasat buruk atau terjadi ketidakselesaan dada yang diikuti oleh kematian.
  • Rasa cemas.
  • Sakit di rahang, gusi, gigi, kerongkong atau cuping telinga.
  • Sakit di belakang atau antara tulang belikat.
Stable Angina- adalah sakit dada yang diramalkan. Walaupun kurang serius dari unstable angina, tetapi ia boleh menjadi terlalu sakit. Ia selalunya dapat dihilangkan dengan rehat dan tindakbalas yang baik terhadap ubatan dan rawatan (selalunya nitroglycerin). Keadaan-keadaan yang meningkatkan keperluan oksigen boleh menyebabkan serangan angina.
Antaranya ialah:
  • senaman
  • cuaca sejuk
  • tahap emosi
  • pengambilan makanan yang banyak
Serangan angina boleh terjadi pada bila-bila masa tetapi selalunya ia berlaku antara pukul 6.00 pagi dan petang
Unstable Angina.- Unstable angina adalah keadaan yang lebih serius dan kerap terjadi pada tahap pertengahan antara stable angina dan serangan jantung, yang mana satu arteri yang menghala ke jantung ( arteri koronari ) menjadi tersumbat keseluruhannya. Pesakit selalunya didiagnos dengan keadaan unstable angina dibawah keadaan seperti:
  • Kesakitan yang terjadi semasa pesakit berehat.
  • Pesakit yang tidak pernah mengalami angina dan mempunyai kesakitan tahap sederhana semasa kegiatan yang memerlukan jantung bekerja lebih kuat (seperti berjalan 2 blok atau memanjat tangga ).
  • Stable angina telah terjadi beberapa kali dan kekerapannya dalam masa 2 bulan dan ubatan tidak mampu menghilangkan rasa sakit yang terjadi.
  • Perlu dingatkan bahawa unstable angina kini selalu disebut sebagai keadaan yang dipanggilAcute Coronary Syndrome. Keadaan ini termasuklah non Q-wave myocardial infarction,yang mana didiagnos bila ujian darah dan ECG's menunjukkan tanda-tanda serangan jantung

Prinzmetal's Angina.
Jenis ketiga angina, yang dipanggil 'variant atau Prinzmetal's angina'. Ia disebabkan oleh kekejangan pada arteri koronari . Ia hampir selalu terjadi bila pesakit berehat. Dalam 2/3 orang dengan Prinzmetal's angina, akan mengalami Atherosclerosis sekurang-kurangnya pada salah satu saluran darah utama. Denyutan jantung yang tidak stabil adalah antaranya, tetapi kesakitannya boleh segera dihilangkan dengan rawatan yang standard.

Kekejangan pada arteri koronari adalah keadaan terjerut arteri dalam jantung. Kekejangan boleh menyebabkan pengaliran darah melalui arteri terhenti atau menjadi perlahan . Simptom utama adalah sakit dada.

Silent Ischemia. Sesetengah orang yang mengalami beberapa penyakit arteri koronari tidak mengalami kesakitan angina, ia adalah keadaan yang dinamakan silent ischemia.Keadaan ini adalah merbahaya kerana pesakit tidak mendapat tanda amaran mengenai penyakit jantung. Dalam satu kajian, pesakit dengan silent ischemia akan mengalami komplikasi yang lebih tinggi berbanding mereka yang mengalami serangan angina (kesakitan angina sebenarnya melindungi jantung dari keadaan sebelum serangan jantung).

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA MENGHIDAPI ANGINA
Jika anda menghidapi angina, anda perlu mengetahui keadaan anda. Pastikan apakah jenis aktiviti atau situasi yang boleh menyebabkan serangan dan bagaimana rasa serangan tersebut.
- Tanya diri anda sendiri jika anda boleh mengelakkan keadaan ini. Ingatkan berapa lama serangan itu lazimnya berakhir dan bagaimana selepas berehat, kesakitan atau ketidakselesaan ini beransur-ansur hilang.
- Adakah ubat yang dapat mencegah serangan angina? Adakah anda boleh menghentikan serangan dengan mengelakkan makan dengan banyak, mengurangkan aktiviti fizikal, mengelakkan sebarang aktiviti yang memerlukan banyak stamina atau belajar untuk mengawal emosi anda.
Tanda -tanda bahaya
Apabila anda sudah biasa dengan corak angina anda, anda sudah tentu dapat mengenali sebarang perubahan dalam corak ini. Tanda-tanda ini tidak semestinya dikatakan sebagai serangan jantung tetapi jika tidak pasti, anda perlu segera merujuk kepada doktor anda.
Resources:Memerangi Penyakit Jantung ( Author:- Dr Chandra Patel ) & www.umm.edu

Monday, November 19, 2012

MARI BELAJAR JQUERY DALAM PHP CODING

Hai semua...wlaupun x berape smua..haha...hari ni aku nk kgsi pngalaman praktikal degree aku...aku dpt blja byk bnde kt syarikat ni...aku wat system website kt syarikat ni...so hari2 coding je la aku ngadap..haha..k dpndekkan cerita..:-

JQUERY utk tmbah textfield bile tekan add


dibawah ni pule die nye coding utk wat field..



Dibawah ni contoh rupe..

Participant 1 :
Add Remove Reset

Sunday, July 17, 2011

Kuih Muih Hari Raya




Ni kuih raya tahun lepas.
Raya tahun ni xtau boleh buat berapa macam.
Kalau boleh nak buat kuih jambu.
Sedap kuih tu.

Friday, July 15, 2011

Cara Menyiang Ikan Keli



Ikan keli ni disiang selepas dibuang bau hanyir nya.
Bau hanyir ikan ini dibuang dengan menggunakan asam jawa dan garam kasar.

Arnab Comel





Anak arnab ini adalah hasil belaan atok tam sekeluarga di bendang.
Pada sape-sape yang berminat untuk membeli dan memelihara sendiri arnab ini bolehla menghubungi saya.

Bunga Melor






Bunga Melor ini sangat la wangi.
boleh diletakkan dalam bilik untuk dijadikan pewangi sehingga bunga ini hilang bentuk bunga.

Bunga Kembang Pagi







Bunga Kembang pagi ini sangat comel dan cantik.
saiz bunga ini kecil besar ibu jari.
tapi dengan kewarna-warniannya lah bunga ini menjadi comel dan cantik.
untuk menyaksikan keindahan bunga ini anda perlu bangun awal pagi kerana ianya adalah bunga kembang pagi..hahaha..

Saturday, January 16, 2010

Dengkur petanda sakit kronik

Oleh Hafizah Iszahanid


Dengkur yang berlaku akibat getaran tisu di laluan pernafasan, turut mengganggu pasangan.

Penghidap gangguan tidur Obstructive Sleep Apnea berisiko serangan jantung, strok

RAMAI beranggapan dengkur hanyalah gangguan tidur yang jika memudaratkan dan sekadar menjejaskan tidur pasangan. Tidak kurang yang memandang ringan dengan menganggap masalah dengkur itu berlaku akibat getaran tisu di atas laluan pernafasan.

Bagaimanapun, dengkur bukan lagi masalah biasa, sebaliknya serius apabila anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali berdengkur. Keadaan itu dikenali gangguan tidur (Obstructive Sleep Apnea - OSA).

Sejauh manakah serius atau kroniknya masalah ini? Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suo Kuan, berkata OSA ialah masalah kesihatan yang kronik. Ia menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas dalam tidur secara berulang kali iaitu antara lima hingga 30 kali atau lebih dari sejam.

“Setiap kali selepas pernafasan terhenti, pesakit akan cuba kembali bernafas. Cubaan itu menghasilkan bunyi yang kuat dan seakan tercekik,” katanya.

Kata Dr Tan, bukan semua orang berdengkur mengalami OSA, tetapi semua yang mengalami OSA sememangnya berdengkur. Ia lebih kerap berlaku di kalangan lelaki yang obes atau terlalu gemuk, tanpa mengira umur. Bagaimanapun, katanya, ada perbezaan antara dengkur biasa dan dengkur simptom OSA.

Berdengkur umumnya mengganggu tidur pasangan tetapi dengkur biasa disusuli dengan petanda lain seperti berasa letih setiap pagi, sakit kepala, sakit tekak dan mulut yang kering.

Namun, apa yang membimbangkan, dengkur yang dikaitkan dengan simptom OSA disusuli masalah hipertensi atau darah tinggi, angin ahmar dan masalah kardiopulmanori.

Dr Tan berkata, mereka yang berisiko mengalami OSA memiliki jisim berat badan (BMI) lebih dari 28. Malah, OSA itu lebih ketara di kalangan lelaki berbanding wanita dengan kelaziman empat peratus di kalangan lelaki jika dibandingkan dengan wanita, sebanyak dua peratus.

“OSA selalunya berlaku di kalangan lelaki berusia 25 ke 45 tahun dan dianggap masalah biasa di kalangan lelaki berusia 55 tahun ke atas. Bagi wanita, walaupun insiden OSA lebih rendah berbanding lelaki, tetapi selepas putus haid, kekerapan itu sama dengan lelaki.

“Mereka yang mengalami OSA berhadapan dengan masalah saluran pernafasan yang sempit. Malah, salur nafas itu boleh tertutup untuk beberapa saat,” katanya.

Kata Dr Tan, keadaan ini disebabkan ketika tidur, udara tidak boleh melalui paru-paru dan hidung walaupun pesakit cuba untuk bernafas. Apabila ia terjadi, jumlah oksigen dalam darah menurun. Pernafasan normal bermula dengan bunyi dengkur dan bunyi seakan-akan tercekik yang kuat.

“Justeru, pesakit seakan-akan meronta-ronta dalam tidur untuk mendapatkan pernafasannya kembali. Jika pernafasannya terhenti secara berterusan dan tertutup 100 peratus, maka ia dinamakan apnea. Lazimnya, apabila sukar bernafas, pesakit akan terjaga daripada tidur kerana paru-paru yang bergerak dan kadar oksigen yang kian menurun.

Dr Tan berkata, OSA kerap dialami mereka yang gemuk, merokok dan mengambil alkohol. Apa yang menyedihkan, sering kali juga, mereka yang mengalaminya tidak mengetahui masalah yang dihadapi.

Berikutan itu, kerap kali OSA dikesan secara tidak sengaja ketika penghidapnya menjalani rawatan di hospital atau dimaklumkan oleh pasangan.

Apakah yang boleh berlaku jika OSA tidak dirawat? Antara risiko utama termasuk mengalami tekanan darah tinggi, masalah jantung dan serangan jantung, angin ahmar dan merosotnya kualiti hidup.

Bagaimana merawat OSA?

Rawatan paling umum OSA ialah ‘tekanan berterusan laluan udara’ atau CPAP (Continuous Positive Airway Pressure). Rawatan lain termasuk menurunkan berat badan, ubat-ubatan secara oral, terapi dan pembedahan.

Berat badan yang bertambah sememangnya menjadi faktor risiko berlakunya OSA. Namun, ia tidak pula bermaksud apabila anda mencapai tahap berat badan ideal, masalah itu akan selesai, sebaliknya berbincang dengan doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik.

INFO:

  • Berlaku jika anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali berdengkur

    Simptomnya termasuk:
    • Mengantuk pada siang hari atau keletihan
    • Mulut kering atau sakit tekak apabila terjaga dari tidur
    • Sakit kepala pada waktu pagi
    • Sukar memfokus dan mudah lupa
    • Berpeluh pada waktu malam
    • Rasa gelisah ketika tidur
    • Tidak berfungsi secara seksual
    • Berdengkur
    • Kerap terjaga dari tidur secara mengejut kerana berasa tercekik