ANGINA
Angina merupakan jenis kesakitan pada
dada yang disebabkan oleh pengaliran darah melalui saluran darah (coronal
vessel) pada otot jantung (myocardium) yang tidak cukup.
Merupakan simptom yang selalu terjadi dalam penyakit arteri koronari dan
dalam beberapa kes serangan jantung. Ia merupakan sakit dada yang terjadi
apabila otot jantung tidak mendapat darah yang mencukupi (sama seperti
ketidakcukupan oksigen) yang diperlukan untuk bekerja (ischemia)
Angina selalunya dikaitkan sebagai stable (predictable)
atau unstable (less predictable) dan tanda kepada
keadaan yang lebih serius.
Angina sendiri bukanlah suatu penyakit. Banyak bukti yang menunjukkan, keadaan
angina kurang dari 48 jam sebelum berlakunya serangan jantung mungkin
melindungi, kemungkinan dari keadaan jantung untuk melawan kerosakan yang
terjadi dari serangan.
Pesakit sering menyatakan bahawa angina sebagai 'sakit' tetapi yang nyata
ia dirasakan amat berlainan bagi oang yang berbeza. Jika anda menghidapi
angina, rasa sakit anda mungkin dirasakan seperti yang terdapat dalam
penerangan berikutnya atau kombinasi beberapa perkara di bawah
- Lemah -lemah, rasa sakit yang
tidak selesa di tengah-tengah dada yang merebak ke bahu kiri atau tangan.
- Sakit lemah-lemah, terhimpit
dan mencucuk-cucuk, terutama sakit pada tangan kiri.
- Kesakitan dirasai kerana
ketidakcernaan.
- Rasa berat, kesenakan, kekenyangan,
bahang, sesak dalam dada, kerongkong atau bahagian atas abdomen.
- Terlalu penat, keletihan atau
terasa hendak jatuh.
- Bernafas dengan pantas.
- Berfirasat buruk atau terjadi
ketidakselesaan dada yang diikuti oleh kematian.
- Rasa cemas.
- Sakit di rahang, gusi, gigi,
kerongkong atau cuping telinga.
- Sakit di belakang atau antara
tulang belikat.
Stable Angina- adalah sakit dada yang diramalkan. Walaupun kurang serius dari unstable
angina, tetapi ia boleh menjadi terlalu sakit. Ia selalunya dapat dihilangkan
dengan rehat dan tindakbalas yang baik terhadap ubatan dan rawatan (selalunya nitroglycerin). Keadaan-keadaan yang meningkatkan keperluan oksigen boleh menyebabkan
serangan angina.
Antaranya ialah:
- senaman
- cuaca sejuk
- tahap emosi
- pengambilan makanan yang banyak
Serangan angina boleh terjadi pada bila-bila masa tetapi selalunya ia
berlaku antara pukul 6.00 pagi dan petang
Unstable Angina.- Unstable angina adalah keadaan yang lebih serius dan kerap terjadi pada
tahap pertengahan antara stable angina dan serangan jantung, yang mana satu
arteri yang menghala ke jantung ( arteri koronari ) menjadi tersumbat
keseluruhannya. Pesakit selalunya didiagnos dengan keadaan unstable angina
dibawah keadaan seperti:
- Kesakitan yang terjadi semasa
pesakit berehat.
- Pesakit yang tidak pernah
mengalami angina dan mempunyai kesakitan tahap sederhana semasa kegiatan
yang memerlukan jantung bekerja lebih kuat (seperti berjalan 2 blok atau
memanjat tangga ).
- Stable angina telah terjadi
beberapa kali dan kekerapannya dalam masa 2 bulan dan ubatan tidak mampu
menghilangkan rasa sakit yang terjadi.
- Perlu dingatkan bahawa unstable angina kini selalu disebut sebagai
keadaan yang dipanggilAcute Coronary Syndrome. Keadaan ini
termasuklah non Q-wave myocardial infarction,yang mana
didiagnos bila ujian darah dan ECG's menunjukkan tanda-tanda serangan
jantung
Prinzmetal's Angina.
Jenis ketiga angina, yang dipanggil
'variant atau Prinzmetal's angina'. Ia disebabkan oleh kekejangan pada arteri
koronari . Ia hampir selalu terjadi bila pesakit berehat. Dalam 2/3 orang
dengan Prinzmetal's angina, akan mengalami Atherosclerosis sekurang-kurangnya
pada salah satu saluran darah utama. Denyutan jantung yang tidak stabil adalah
antaranya, tetapi kesakitannya boleh segera dihilangkan dengan rawatan yang
standard.
Kekejangan pada arteri koronari adalah
keadaan terjerut arteri dalam jantung. Kekejangan boleh menyebabkan pengaliran
darah melalui arteri terhenti atau menjadi perlahan . Simptom utama adalah
sakit dada.
Silent Ischemia. Sesetengah orang yang
mengalami beberapa penyakit arteri koronari tidak mengalami kesakitan angina,
ia adalah keadaan yang dinamakan silent ischemia.Keadaan ini adalah
merbahaya kerana pesakit tidak mendapat tanda amaran mengenai penyakit jantung.
Dalam satu kajian, pesakit dengan silent ischemia akan mengalami komplikasi
yang lebih tinggi berbanding mereka yang mengalami serangan angina (kesakitan
angina sebenarnya melindungi jantung dari keadaan sebelum serangan jantung).
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA MENGHIDAPI ANGINA
Jika anda menghidapi angina, anda perlu mengetahui
keadaan anda. Pastikan apakah jenis aktiviti atau situasi yang boleh
menyebabkan serangan dan bagaimana rasa serangan tersebut.
- Tanya diri anda sendiri jika anda boleh mengelakkan keadaan ini. Ingatkan berapa
lama serangan itu lazimnya berakhir dan bagaimana selepas berehat, kesakitan
atau ketidakselesaan ini beransur-ansur hilang.
- Adakah ubat yang dapat mencegah serangan angina? Adakah anda boleh
menghentikan serangan dengan mengelakkan makan dengan banyak, mengurangkan
aktiviti fizikal, mengelakkan sebarang aktiviti yang memerlukan banyak stamina
atau belajar untuk mengawal emosi anda.
Tanda -tanda bahaya
Apabila anda sudah biasa dengan corak angina anda, anda sudah tentu dapat
mengenali sebarang perubahan dalam corak ini. Tanda-tanda ini tidak semestinya
dikatakan sebagai serangan jantung tetapi jika tidak pasti, anda perlu segera
merujuk kepada doktor anda.
Resources:Memerangi
Penyakit Jantung ( Author:- Dr Chandra Patel ) & www.umm.edu